Yang ni cerita betul yang disampaikan oleh kawan saya yang mendengar cerita dari kawan dia. Kalu kawan dia tu buat cerita kosong je, kira cerita ni mungkin tak betul... Cerita ini tiada kaitan dengan sebarang etnik dan bukan niat ingin menjatuhkan mertabat sesiapa... Kejadian berlaku di Ulu Tembeling, Pahang.
Si Jamal (bukan nama sebenar) dan Si Badar (nama samaran) bercuti ke Taman Negara di Ulu Tembeling. Hari terakhir mereka di sana, terserempak dengan seorang lelaki tua (berambut kerinting & hitam manis) yang sedang memunggah duriannya ke jeti dari sampannya.
Kedua mereka berminat untuk membeli durian dalam kuantiti yang banyak untuk dibawa balik ke bandar. Si Jamal dan Si Badar membeli 1 bakul setiap seorang yang berharga RM50 sebakul. Si Jamal menghulurkan 5 keping RM10 kepada lelaki tua tersebut. Si badar menyeluk saku seluarnya, yang ada semuanya duit RM1. Sedang asyik Si Badar membilang duit RM1 tersebut, lelaki tua tersebut bersuara,
"Nak... cukup la... banyak sangat dah tu!"
Si Badar kehairanan, "tapi pakcik... ni baru 30 keping..."
Pakcik itu dengan bangganya berkata, "si anak tadi bagi pakcik 5 keping aja..... ni encik bagi 30 keping... banyak tu..."
| Comments |
|






