zakio.com.my

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Home Jokes Public Jokes Beli kereta RM10

Beli kereta RM10

E-mail Print PDF

Lawak ni ringkas je... malas nak tulis panjang-panjang. Cerita antara Ahmad yang ingin membeli kereta 2nd hand dan peminta sedekah.

Hari tu memang ceria untuk Ahmad. Beliau sudah cukup duit untuk membeli kereta baru. Baru untuk dia, sebab dia adalah pemilik yang baru, walaupun kereta tu dah dijual oleh penjual kereta terpakai. Dalam perjalanan ke kedai kereta terpakai, dia singgah sekejap ke Pasar Tani untuk membeli sedikit minuman. Terpandang olehnya seorang peminta sedekah yang cacat anggotanya. Dihulurnya RM10 sebagai sedekah.

Hampir sampai ke kedai kereta terpakai itu, dia mengira semula duit yang ada. Ahhhh... tak cukup RM10 dari harga yang dipersetujui semalam dengan tauke kereta terpakai itu. Tanpa berfikir panjang beliau berpatah balik ke Pasar Tani dan berjumpa kembali peminta sedekah.

Ahmad: Encik... saya minta maaf. Saya macam buruk siku je... rasa segan nak cakap
Peminta Sedekah: Kenapa nak?
Ahmad: tadi saya sedekahkan pakcik RM10. Saya nak minta duit tu balik
Peminta Sedekah: Kenapa nak minta balik?
Ahmad: Saya tak cukup RM10 nak beli kereta
Peminta Sedekah: Kereta apa anak nak beli?
Ahmad: Proton je pakcik
Peminta Sedekah: Oooo... kalu macam tu ambik la balik duit RM10 kamu. Ni duit RM20
Ahmad: Kenapa pakcik bagi RM20 lak. Duit saya cuma tak cukup RM10 je...
Peminta Sedekah: Lagi RM10 tu anak belikan pakcik lagi sebijik la Proton tu.... nak juga pakcik pakai kereta Proton  

 

 

Comments
Search
Only registered users can write comments!

3.25 Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

 

Key Concepts

Feed Display

No Feed URL specified.

Template Chooser

Module List JSpace Pages

    There are no pages.
    Please create new pages.

MyJSpace

ViewMJSPages


Notice: Trying to get property of non-object in /home/zakioco/public_html/site/modules/mod_viewmjspages/viewmjspages.mod.html.php on line 754
Error loading configuration file - please check the mySQL database.


Newsflash

Dear all,

This website was suspended twice on Sept 08. This is due to spamming activities by some of you. To avoid the same cases happen in future, I only allow comment to be vet by registered users.  Those who continue the said activities, I may block his/her IP address.

Thanks