Lawak ni mungkin anda dah dengar, tapi tak pe la... saje nak cerita
Al kisah Tauke Durian ni kerjanya menjual durian. Nama pun tauke durian. Setiap musim durian dia menjual di Jalan Kuala Kangsar - Gerik. Kalau bukan musim durian dia tak menjual.
Tauke Durian bernama Kuntum. <- Pelik namanya ya... orang peribumi (asli) kita. Orang nak berniaga, dia pun nak berniaga. Bagus la.
Al kisahnya, pada hari-hari biasa dia berniaga, dia akan duduk di pondok jualan dari pagi sampai la ke petang. Kebun dia dekat Kampung Kota Lama Kanan (hampa tahu ke kat mana?).
Pak Kuntum ni bawak durian dia pakai sampan je, menyeberangi sungai. Kemudian diangkutnya sebiji demi sebiji ke pondok jualan dia. Rezeki Pak Kuntum boleh dikatakan baik setiap kali musim durian. Durian kampung yang dimilikinya memang isinya sedap. Kalau dia jual, dah tentu habis la. Oleh kerana duriannya banyak, selalunya lewat petang barulah habis kesemua duriannya.
Pada suatu hari, nak jadi cerita lawaknya... ada seorang pembeli datang awal pagi untuk membeli durian Pak Kuntum.
Pembeli: Pakcik, banyak durian hari ni
Pak Kuntum: Biasa la... hari hari macam ni
Pembeli: Durian ni yang bila punya
Pak Kuntum: Malam tadi. Baru kutip pagi ni. Masih segar lagi
Pembeli: Jual kira kilo ke biji
Pak Kuntum: Pakcik tak jual kilo... tak ada dacing. Jual kira bijik je... pilih la mana yang nak
Pembeli: Berapa jatuh harga sebijik?
Pak Kuntum: La... tak mahal. Seringgit ke tiga ringgit je. Tengok saiz la
Pembeli: Saya nak buat jamuan, kalau boleh saya nak ambik kesemua 3 bakul yang ada ni... ada dalam 60 bijik?
Pak Kuntum: Lebih kurang 70 biji la semua. Tak kisah, boleh bilang.
Pembeli: Kalau macam tu, saya beli semua la. Tak pe la kira 70 biji pun
Pak Kuntum: Ehhhh!... Tak boleh la ambik semua
Pembeli: Kenapa?
Pak Kuntum: Kalu encik beli semua saya nak jual apa sampai petang nanti?
Moral of the story: Pak Kuntum dia tahu menjual cara biasa, ikut timing dia dari pagi ke petang. Dia lupa sebenarnya dia penjual. Kalu saya, lagi baik. leh buat kerja lain... he he... apa punya bengap la Pak Kuntum. Jadi kalu terjumpa Pak Kuntum (kalu hidup lagi la), kalu nak beli semua tu... elok-elok la tinggalkan sebijik dua lagi untuk dia terus menjual. hehe
| Comments |
|






