Cerita ini bukan lah yang asli yang saya buat sendiri.
Lawak ini telah disampaikan turun-temurun hinggalah sampai ke telinga saya dan saya rasa elok disimpan untuk generasi yang akan datang.
Pada zaman dulu kala di Mesir ada seorang raja yang amat sayangkan kepada kuda. Dari banyak-banyak kuda, ada seekor yang amat pintar dan berkebolehan luar biasa.
Jika suruh berlari, cakap aja berapa kelajuan yang perlu ditunggangi. 100km/jam... 300km/jam? semua dia boleh berlari. Penah sekali raja minta kudanya berlari sepantas angin, pergi ke negara China dan bawakan seorang perempuan yang cantik untuk dijadikan dayang. Dengan sepantas kilat, kuda itu pergi. Belum sempat raja itu beredar, kuda itu sudah sampai dengan seorang perempuan Cina yang cantik.
Raja itu tidak puas hati lagi, maka diduganya kuda itu dengan pelbagai kaedah. Disuruhnya menyelam, masuk dalam api, panjat pokok... pendek kata semuanya boleh dilakukan oleh kuda itu. Tapi hanya dengan arahan dari raja itu. Jika diarah oleh orang lain, berganjak pun tidak kuda itu... dia buat tak tahu je...
Maka berbesar hatilah raja memiliki seekor kuda yang berkebolehan. Dengan bangganya raja mewar-warkan kepada semua rakyat jelata untuk berkumpul.
Maka dipamerkanlah kebolehan kuda itu kepada rakyat jelata. Bertepuk tanganlah rakyat jelata melihat kebolehan kuda tersebut. Oleh kerana raja tahu hanya dia yang boleh mengarahkan kuda tersebut, maka ditawarkan kepada rakyat jelata 100 dinar emas kepada sesiapa yang boleh bagi kuda itu DUDUK.
Dari pagi hinggalah ke petang, seorang demi seorang mencuba. Namun tiada seorang pun berjaya mendudukkan kuda tersebut. Di kala raja ingin menutup tawaran itu, maka datanglah seorang budak lelaki sekitar umur 10 tahun. Maka menyembahlah budak itu meminta izin perkenan raja untuk meyahut cabaran.
Raja dengan megah berkata "Alangkah sudah beribu orang yang mencuba, inikan kamu si budak kecil"
Budak kecil itu diam sahaja, "boleh patek teruskan, tuanku"
"Ambil la masa kamu... beta nak tengok... he he" celah raja
Maka pergilah budak itu mendekati kuda yang sedang berdiri tidak jauh dari situ. Tidak sampai satu minit kuda itu DUDUK. Raja kehairanan, tapi bagi menutup malu maka diberikan duit 100 dinar itu kepada budak tersebut.
Oleh kerana raja tidak berpuas hati, maka keesokkannya dipanggilnya budak itu mengadap.
"Kamu bikin beta malu la..., cuba cerita macam mana kamu boleh DUDUKkan kuda beta itu?"
"Mudah aje tuanku... saya jentik aje 'telur' dia", balas budak kecil itu
Maka ketahuanlah rahsia tersebut. Maka raja ingin mencuba sekali lagi kehebatan kudanya. Dipanggilnya semua rakyat jelata dan ditawarkannya 1000 dinar emas kepada sesiapa yang boleh MENGGELENGKAN kudanya dengan syarat tidak boleh menyentuh mana-mana bahagian pada kudanya.
Maka berduyun-duyunlah rakyatnya mencuba. Ada yang buat lawak, ada yang tuangkan air, ada yang hembuskan angin ke dalam telinga kuda. Satu pun yang tidak berjaya MENGGELENGKAN kepada kuda raja tersebut. Dari pagi hingga lah ke petang. Di akhir senarai rakyat yang mencuba, nama budak kecil yang dulu yang pernah DUDUKkan kuda itu dipanggil. Maka raja merasa hairan
"Hai budak, duit 100 dinar emas yang patik beri dulu sudah habis ke?"
"Belum tuanku... masih tersimpan 100 dinar itu. Boleh patek minta izin untuk mencuba?"
"Silakan wahai budak... tapi tidak boleh dijentik 'telur' kuda itu lagi atau menyentuh secara fizikal"
"Biaklah tuanku"
Maka budak itu pergi menhampiri kuda. Kuda itu MENGGELENG kepalanya dua tiga kali, malahan berundur dua tiga langkah. Dengan kehairanan raja menyerahkan 1000 dinar emas kepada budak tersebut. Bagi menjaga air mukanya, maka dipanggilnya budak tersebut keesokkan harinya.
"Hai budak, macam mana kamu boleh menggelengkan kepala kuda tuanku?"
"Mudah aje tuanku... patek tanya kuda itu, adakah perlu saya jentik 'telur'nya sekali lagi?", saya jangka kuda itu mengatakan TIDAK, maka digelengnya kepalanya.
Moral of the story: Sebesar mana kuasa anda, tentu ada cara untuk orang lain menjatuhkannya
| Comments |
|



Features


