zakio.com.my

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Welcome to the Frontpage

New Photos Uploaded

E-mail Print PDF

Dear All,

Here are some direct links to latest photos that being updated to the web.

1. Visit of Mr Jeremy Kong to Pahang

2. Engagement of Zuhaila & Fadzli

3. SME BIZ NET Seminar at Vistana Hotel

4. Rosliza (CMG) Birthday Party

5. SME Invitation 2009 - TM Bowling

6. Wedding : Sham & Emma (Updated)

7. Mesyuarat Agong Tahunan Kelab TM Pahang 2009

Hope you enjoy it. You may download or copy any photos that you like.

 Thanks

Last Updated on Monday, 20 July 2009 12:52
 

Cukup la... banyak tu

E-mail Print PDF

Yang ni cerita betul yang disampaikan oleh kawan saya yang mendengar cerita dari kawan dia. Kalu kawan dia tu buat cerita kosong je, kira cerita ni mungkin tak betul... Cerita ini tiada kaitan dengan sebarang etnik dan bukan niat ingin menjatuhkan mertabat sesiapa... Kejadian berlaku di Ulu Tembeling, Pahang.

Si Jamal (bukan nama sebenar) dan Si Badar (nama samaran) bercuti ke Taman Negara di Ulu Tembeling. Hari terakhir mereka di sana, terserempak dengan seorang lelaki tua (berambut kerinting & hitam manis) yang sedang memunggah duriannya ke jeti dari sampannya.

Kedua mereka berminat untuk membeli durian dalam kuantiti yang banyak untuk dibawa balik ke bandar. Si Jamal dan Si Badar membeli 1 bakul setiap seorang yang berharga RM50 sebakul. Si Jamal menghulurkan 5 keping RM10 kepada lelaki tua tersebut. Si badar menyeluk saku seluarnya, yang ada semuanya duit RM1. Sedang asyik Si Badar membilang duit RM1 tersebut, lelaki tua tersebut bersuara,

"Nak... cukup la... banyak sangat dah tu!"

Si Badar kehairanan, "tapi pakcik... ni baru 30 keping..."

Pakcik itu dengan bangganya berkata, "si anak tadi bagi pakcik 5 keping aja..... ni encik bagi 30 keping... banyak tu..."

 

 

 

Last Updated on Tuesday, 03 February 2009 20:07
 

Tauke Durian

E-mail Print PDF

Lawak ni mungkin anda dah dengar, tapi tak pe la... saje nak cerita

Al kisah Tauke Durian ni kerjanya menjual durian. Nama pun tauke durian. Setiap musim durian dia menjual di Jalan Kuala Kangsar - Gerik. Kalau bukan musim durian dia tak menjual.

Tauke Durian bernama Kuntum. <- Pelik namanya ya... orang peribumi (asli) kita. Orang nak berniaga, dia pun nak berniaga. Bagus la.
Al kisahnya, pada hari-hari biasa dia berniaga, dia akan duduk di pondok jualan dari pagi sampai la ke petang. Kebun dia dekat Kampung Kota Lama Kanan (hampa tahu ke kat mana?).

Pak Kuntum ni bawak durian dia pakai sampan je, menyeberangi sungai. Kemudian diangkutnya sebiji demi sebiji ke pondok jualan dia. Rezeki Pak Kuntum boleh dikatakan baik setiap kali musim durian. Durian kampung yang dimilikinya memang isinya sedap. Kalau dia jual, dah tentu habis la. Oleh kerana duriannya banyak, selalunya lewat petang barulah habis kesemua duriannya.

Pada suatu hari, nak jadi cerita lawaknya... ada seorang pembeli datang awal pagi untuk membeli durian Pak Kuntum.

Pembeli: Pakcik, banyak durian hari ni
Pak Kuntum: Biasa la... hari hari macam ni
Pembeli: Durian ni yang bila punya
Pak Kuntum: Malam tadi. Baru kutip pagi ni. Masih segar lagi
Pembeli: Jual kira kilo ke biji
Pak Kuntum: Pakcik tak jual kilo... tak ada dacing. Jual kira bijik je... pilih la mana yang nak
Pembeli: Berapa jatuh harga sebijik?
Pak Kuntum: La... tak mahal. Seringgit ke tiga ringgit je. Tengok saiz la
Pembeli: Saya nak buat jamuan, kalau boleh saya nak ambik kesemua 3 bakul yang ada ni... ada dalam 60 bijik?
Pak Kuntum: Lebih kurang 70 biji la semua. Tak kisah, boleh bilang.
Pembeli: Kalau macam tu, saya beli semua la. Tak pe la kira 70 biji pun
Pak Kuntum: Ehhhh!... Tak boleh la ambik semua
Pembeli: Kenapa?
Pak Kuntum: Kalu encik beli semua saya nak jual apa sampai petang nanti?

Moral of the story: Pak Kuntum dia tahu menjual cara biasa, ikut timing dia dari pagi ke petang. Dia lupa sebenarnya dia penjual. Kalu saya, lagi baik. leh buat kerja lain... he he... apa punya bengap la Pak Kuntum. Jadi kalu terjumpa Pak Kuntum (kalu hidup lagi la), kalu nak beli semua tu... elok-elok la tinggalkan sebijik dua lagi untuk dia terus menjual. hehe   

Last Updated on Wednesday, 04 November 2009 10:27
 

Beli kereta RM10

E-mail Print PDF

Lawak ni ringkas je... malas nak tulis panjang-panjang. Cerita antara Ahmad yang ingin membeli kereta 2nd hand dan peminta sedekah.

Hari tu memang ceria untuk Ahmad. Beliau sudah cukup duit untuk membeli kereta baru. Baru untuk dia, sebab dia adalah pemilik yang baru, walaupun kereta tu dah dijual oleh penjual kereta terpakai. Dalam perjalanan ke kedai kereta terpakai, dia singgah sekejap ke Pasar Tani untuk membeli sedikit minuman. Terpandang olehnya seorang peminta sedekah yang cacat anggotanya. Dihulurnya RM10 sebagai sedekah.

Hampir sampai ke kedai kereta terpakai itu, dia mengira semula duit yang ada. Ahhhh... tak cukup RM10 dari harga yang dipersetujui semalam dengan tauke kereta terpakai itu. Tanpa berfikir panjang beliau berpatah balik ke Pasar Tani dan berjumpa kembali peminta sedekah.

Ahmad: Encik... saya minta maaf. Saya macam buruk siku je... rasa segan nak cakap
Peminta Sedekah: Kenapa nak?
Ahmad: tadi saya sedekahkan pakcik RM10. Saya nak minta duit tu balik
Peminta Sedekah: Kenapa nak minta balik?
Ahmad: Saya tak cukup RM10 nak beli kereta
Peminta Sedekah: Kereta apa anak nak beli?
Ahmad: Proton je pakcik
Peminta Sedekah: Oooo... kalu macam tu ambik la balik duit RM10 kamu. Ni duit RM20
Ahmad: Kenapa pakcik bagi RM20 lak. Duit saya cuma tak cukup RM10 je...
Peminta Sedekah: Lagi RM10 tu anak belikan pakcik lagi sebijik la Proton tu.... nak juga pakcik pakai kereta Proton  

 

 

 

Website Suspended!

E-mail Print PDF

Dear all,

This website was suspended twice on Sept 08. This is due to spamming activities by some of you. To avoid the same cases happen in future, I only allow comment to be vet by registered users.  Those who continue the said activities, I may block his/her IP address.

Thanks

Last Updated on Monday, 19 January 2009 12:57
 


Page 2 of 3

Key Concepts

Feed Display

No Feed URL specified.

Template Chooser

Module List JSpace Pages

    There are no pages.
    Please create new pages.

MyJSpace

ViewMJSPages


Notice: Trying to get property of non-object in /home/zakioco/public_html/site/modules/mod_viewmjspages/viewmjspages.mod.html.php on line 754
Error loading configuration file - please check the mySQL database.

Polls

What do you like most in zakio website?
 

Who's Online

We have 1 guest online

Advertisement

Featured Links:
Joomla!
Joomla! The most popular and widely used Open Source CMS Project in the world.

Newsflash

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyiasat dakwaan mengenai penggunaan bahan yang status halalnya diragui dalam produk makanan ayam yang diternak di negara ini.


Jawatankuasa khas itu, yang turut dianggotai pegawai Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) dan Universiti Putra Malaysia (UPM), bertanggungjawab mengumpul sampel makanan ayam digunakan penternak untuk dianalisis Jabatan Kimia dan Institut Penyelidikan Halal.

Sumber Jakim berkata, jawatankuasa khas berkenaan ditubuhkan berikutan tersebarnya emel, antara lain membangkitkan persoalan sejauh mana ayam yang diternak di Malaysia bebas daripada diberi makanan mengandungi enzim tidak halal terutama babi.


Bagaimanapun, katanya, maklumat awal yang diperoleh menunjukkan ayam diternak dan dijual di pasaran tempatan bebas daripada bahan makanan meragukan kerana penternak menggunakan produk yang dikeluarkan pekilang tempatan.

Beliau berkata, JPH mengawal ketat kemasukan makanan ayam dari luar negara malah pemantauan juga mendapati tiada makanan ayam dari Eropah yang mengandungi enzim babi diimport ke Malaysia.

"Sehubungan itu, umat Islam di negara ini tidak perlu bimbang kerana ayam di pasaran tempatan sekarang adalah halal dan tidak diberi makan bahan yang diragui status halalnya," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Difahamkan, penternak di Eropah menyuntik ayam dengan gelatin bagi menambah kandungan air dan berat ayam manakala makanan daripada enzim babi pula digunakan untuk mempercepatkan tumbesaran.